1. Jangkakan kejayaan
Hukum
minda mengatakan apa yang dijangkakan berkemungkinan besar akan berlaku. Oleh
itu, daripada membuang masa menjangkakan kegagalan, kenapa tidak jangkakan
kejayaan. Sekiranya anda jangkakan kejayaan, fokus anda pastinya hanya kepada
cara untuk berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat dan erti sebuah kejayaan, maka
secara tidak langsung anda akan menggarap sikap positif.
2. Lakonkan watak orang cemerlang
Tidak
dapat dinafikan setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekuatannya tersendiri.
Sebab itulah untuk berjaya kita mesti mempunyai model ikutan (role model) yang
boleh ditauladani.
3. Ubah penampilan diri
Sikap
positif terserlah melalui penampilan diri yang positif. Kita mudah mengenali
mereka yang bersikap positif melalui percakapannya, pakaiannya, rambutnya,
kasutnya, gayanya dan sebagainya. Tetapi kita lupa, sebenarnya kita mampu
melakukan sebaliknya iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang
positif.
4. Berkawan dengan orang yang berjaya
Pilih
kawan yang baik dan positif kalau kita mahu menjadi orang yang
positif:)
5. Fokus kepada apa yang anda mahukan
Uuntuk
anda menjadi orang berjaya anda mesti gambarkan diri anda seorang yang berjaya.
Anda mesti mampu melihat apa yang mahu dilakukan mulai hari ini untuk menjadi
orang berjaya.
Kredit Master Ira
No comments:
Post a Comment